Cadangan menaip

Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, Touch Bar boleh menunjukkan perkataan atau frasa anda mungkin mahu gunakan selepas ini (dipanggil cadangan menaip).

  • Tunjukkan cadangan menaip: Ketik butang Cadangan Menaip.

    Touch Bar dengan butang untuk menunjukkan cadangan menaip di hujung kanan.

    Jika anda tidak melihat butang Cadangan Menaip dalam Touch Bar, pilih Paparan > Sesuaikan Touch Bar, kemudian pilih “Tunjukkan cadangan menaip.” Atau pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik Seting Touch Bar di sebelah kanan, kemudian aktifkan “Tunjukkan cadangan menaip”.

  • Gunakan cadangan menaip: Ketik perkataan, frasa, atau emoji. Pembetulan ejaan ditunjukkan dengan warna biru.

    Cadangan menaip meunjukkan perkataan dan emoji, serta butang di sebelah kiri untuk menyembunyikan cadangan menaip.
  • Sembunyikan cadangan menaip: Ketik butang Sembunyikan Cadangan Menaip dalam Touch Bar.