cadangan menaip

Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, Touch Bar boleh menunjukkan perkataan atau frasa yang anda mungkin mahu gunakan seterusnya (dipanggil cadangan menaip), untuk membantu anda menjimatkan masa.

  • Tunjukkan cadangan menaip: Ketik butang Cadangan Menaip.

    Touch Bar dengan butang untuk menunjukkan cadangan menaip di hujung kanan.
  • Gunakan cadangan menaip: Ketik perkataan, frasa, atau emoji. Pembetulan ejaan ditunjukkan dengan warna biru.

    Cadangan menaip meunjukkan perkataan dan emoji, serta butang di sebelah kiri untuk menyembunyikan cadangan menaip.
  • Sembunyikan cadangan menaip: Ketik butang Tutup dalam Touch Bar.

Jika anda tidak melihat butang Cadangan Menaip dalam Touch Bar, pilih Paparan > Sesuaikan Touch Bar, kemudian pilih “Tunjukkan cadangan menaip.” Atau pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, klik Teks, kemudian pilih “Cadangan menaip Touch Bar.”