Pilih item
Untuk memilih satu atau lebih item—seperti kenalan, e-mel, fail, folder, atau foto—lakukan mana-mana daripada yang berikut:
- Pilih item: Gerakkan penuding ke item, kemudian kliknya. 
- Pilih item berbilang: Tekan dan tahan kekunci Command, kemudian klik item. 
- Pilih item berbilang yang bersebelahan satu sama lain: Klik item pertama yang anda mahu pilih, tekan dan tahan kekunci Shift, kemudian klik item terakhir. - Anda juga boleh klik berdekatan item pertama, tekan dan tahan tetikus atau trackpad, kemudian seret ke atas semua item.