Tandakan lokasi dengan pin dalam Peta pada Mac
Anda boleh lepaskan pin pada lokasi untuk mendapatkan arah atau membantu anda mencarinya lagi. Pin adalah sementara, tetapi anda boleh simpan lokasi untuk digunakan kemudian dengan menandakannya sebagai kegemaran.
Lepaskan pin
Dalam app Peta pada Mac anda, klik paksa lokasi yang anda mahu tanda dengan pin.
Peta melepaskan pin warna merah di lokasi pada peta. Anda hanya boleh mempunyai satu pin dilepaskan pada peta pada satu masa.
Jika pin bukan di tempat yang anda mahukan, keluarkannya dan lepaskan pin baru
Untuk melihat maklumat tentang pin, kliknya. Untuk menutup kad maklumat, klik di luar kad.
Keluarkan pin
Anda boleh mengeluarkan pin yang anda lepaskan .
Dalam app Peta pada Mac anda, skrol dalam peta untuk menunjukkan lokasi yang anda tandakan dengan pin.
Pilih Edit > Keluarkan Pin.
Anda juga boleh Control-klik pin, kemudian pilih Keluarkan Penanda.
Untuk mengosongkan pin ditambah dari hasil carian (pin jingga), klik butang Tutup dalam medan carian.