Tandakan lokasi dengan pin dalam Peta pada Mac
Anda boleh lepaskan pin pada lokasi untuk mendapatkan arah atau membantu anda mencarinya lagi. Pin adalah sementara, tetapi anda boleh simpan lokasi untuk digunakan kemudian dengan menandakannya sebagai kegemaran.
Lepaskan pin
Dalam app Peta pada Mac anda, Control-Klik lokasi yang anda mahu tanda dengan pin, kemudian pilih Lepaskan Pin. (Atau klik paksa pada Mac dengan trackpad Force Touch.)
Peta melepaskan pin warna ungu di tengah peta. Peta menggunakan pin merah untuk menandakan lokasi—sebagai contoh, apabila anda mencari perniagaan—tetapi pin yang anda lepaskan berwarna ungu. Anda hanya boleh mempunyai satu pin dilepaskan pada peta pada satu masa.
Jika pin bukan di tempat yang anda mahukan, seret ia ke lokasi baru pada peta.
Untuk melihat maklumat tentang pin, klik ia, kemudian klik butang Info . Untuk menutup tetingkap Maklumat, klik di luarnya.
Keluarkan pin
Anda boleh keluarkan pin yang anda lepaskan (pin ungu ).
Dalam app Peta pada Mac anda, skrol peta untuk menunjukkan lokasi yang anda tandakan dengan pin.
Pilih Edit > Keluarkan Pin.
Anda juga boleh Control-klik pin, kemudian pilih Keluarkan Pin.
Untuk mengosongkan pin ditambah dari hasil carian (pin merah ), klik dalam medan carian.