Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
![](https://help.apple.com/assets/63CF0773EF8ABA61CC409172/63CF077AEF8ABA61CC40917A/ms_MY/fcdf74cf8457ce188a2aaa7cf1293c83.png)
Tukar seting Sambungan dalam Mail pada Mac
Gunakan seting Sambungan dalam Mail untuk mengaktifkan dan mengurus sambungan yang anda pasang bagi membantu menghantar serta menerima mesej e-mel.
Untuk menukar seting ini dalam app Mail pada Mac anda, pilih Mail > Seting, kemudian klik Sambungan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Senarai sambungan | Sambungan tersedia pada Mac anda. Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan sambungan, pilih atau nyahpilih kotak semak sambungan. | ||||||||||
Butiran sambungan | Maklumat tentang sambungan dipilih. Untuk mengeluarkan sambungan, klik Nyahpasang. |
Menyahpasang sambungan dan mengaktifkan atau menyahaktifkannya, berfungsi serta-merta.