Bar sisi Mail

Bar sisi Mail menyenaraikan peti mel, folder dan item dibenderakan untuk akaun e-mel yang anda gunakan dalam Mail. Jika bar sisi tidak ditunjukkan, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi, atau tekan Control-Command-S. Jika anda tidak melihat akaun e-mel yang dijangkakan dalam bar sisi, pilih Mail > Seting, klik Akaun, klik Maklumat Akaun, kemudian pastikan akaun didayakan.

Untuk meningkatkan saiz ikon dan teks dalam bar sisi Mail, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Penampilan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Di sebelah kanan, klik menu timbul bersebelahan “Saiz ikon bar sisi”, kemudian pilih saiz.