Bar sisi Mail
Bar sisi Mail menyenaraikan peti mel, folder dan item dibenderakan untuk akaun e-mel yang anda gunakan dalam Mail. Jika bar sisi tidak ditunjukkan, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi, atau tekan Control-Command-S. Jika anda tidak melihat akaun e-mel yang dijangkakan dalam bar sisi, pilih Mail > Seting, klik Akaun, klik Maklumat Akaun, kemudian pastikan akaun didayakan.
Untuk meningkatkan saiz ikon dan teks dalam bar sisi Mail, pilih menu Apple dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Di sebelah kanan, klik menu timbul bersebelahan “Saiz ikon bar sisi”, kemudian pilih saiz.