Pilih item

Untuk memilih satu atau lebih item, seperti kenalan, e-mel, fail, folder, atau foto, lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Pilih item: Gerakkan penuding ke item, kemudian kliknya.

  • Pilih berbilang item: Tekan dan tahan kekunci Command, kemudian klik item.

  • Pilih item berbilang yang bersebelahan: Klik item pertama yang anda mahu pilih, tekan dan tahan kekunci Shift, kemudian klik item terakhir.

    Anda juga boleh klik berdekatan item pertama, tekan dan tahan tetikus atau trackpad, kemudian seret ke atas semua item.