Bar Kegemaran
Bar Kegemaran memberi akses pantas ke peti mel atau folder kegemaran yang anda paling kerap gunakan, seperti Peti Masuk, VIP, atau Dibendera. Anda boleh menyeret mesej daripada senarai mesej ke peti mel dalam bar Kegemaran. Untuk menunjukkan bar Kegemaran, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Kegemaran.
Anda juga boleh mengakses peti mel kegemaran anda dalam bar sisi Mail. Untuk menunjukkan bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Senarai Peti Mel, atau tekan Shift-Command-M.