Mengubah seting ciri iCloud
Pada bila-bila masa selepas anda menyediakan iCloud, anda boleh memilih ciri-ciri yang anda mahu gunakan dan tukar seting lain dalam keutamaan iCloud.
Penting: Untuk menyediakan Mesej dalam iCloud untuk berkongsi semua mesej anda merentasi peranti, buka Mesej pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, klik iMessage, kemudian pilih kotak semak Dayakan Mesej dalam iCloud. Lihat Gunakan Mesej dalam iCloud.
Jika anda menyediakan akaun iCloud kedua pada Mac, anda boleh mengubah seting ciri untuknya dalam keutamaan Akaun Internet.
Untuk menyediakan ciri iCloud pada peranti iOS, Apple TV, atau komputer Windows anda, lihat artikel Sokongan Apple Tukar seting ciri iCloud anda.
Aktifkan atau nyahaktifkan ciri
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Pilih setiap ciri yang anda mahu guna. Nyahplih sebarang ciri yang anda tidak mahu guna.
Sesetengah ciri mempunyai seting tambahan yang anda boleh ubah dengan mengklik Pilihan atau Butiran berdekatan nama ciri apabila ciri itu diaktifkan.
Jika anda memilih ciri Kenalan ketika app Kenalan anda diselaraskan dengan Kenalan Google, penyelarasan Google akan dinyahaktifkan. Anda seharusnya kekalkannya nyahaktif ketika menggunakan iCloud untuk kenalan anda.
Ubah butiran akaun
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Butiran Akaun untuk mengubah nama dan foto iCloud anda, serta kenalan, keselamatan, peranti dan maklumat bayaran iCloud anda. Lihat Tukar maklumat akaun Apple ID anda.
Ubah pilihan Foto iCloud
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Pastikan Foto dipilih, kemudian klik Pilihan untuk aktifkan atau nyahaktifkan ciri berikut:
Foto iCloud: Lihat Gunakan Foto iCloud Photos untuk menyimpan foto dalam iCloud.
Strim Foto Saya: Lihat Gunakan Strim Foto Saya untuk berkongsi foto terbaru.
Album Dikongsi: Lihat Apakah Album Dikongsi?
Pada Mac dengan Aperture dipasang, lihat Bantuan Aperture untuk mendapatkan maklumat tentang kedua ciri terakhir.
Ubah pilihan Rantai Kunci iCloud
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Jika ada butang Pilihan bersebelahan Rantai Kunci, kliknya untuk mengubah:
Jika tiada butang Pilihan bersebelahan Rantai Kunci, Apple ID anda disediakan untuk pengesahan dua faktor. Dalam hal ini, apabila anda menyediakan iCloud pada peranti baru, anda membenarkan peranti tersebut menggunakan data iCloud anda dengan hanya memasukkan kata laluan atau kod laluan log masuk Mac atau peranti iOS anda yang telah menyediakan iCloud.
Sama ada Kod Keselamatan iCloud anda boleh digunakan untuk meluluskan Rantai Kunci iCloud pada peranti baru
Kod Keselamatan iCloud atau nombor telefon yang digunakan untuk mengesahkan identiti anda selepas anda menggunakan Kod Keselamatan iCloud
Jika “Menunggu untuk kelulusan” muncul di bawah Rantai Kunci, klik Pilihan untuk memasukkan Kod Keselamatan iCloud anda dan bukannya meluluskan Mac ini dari peranti lain. Jika anda terlupa kod, anda boleh reset Rantai Kunci iCloud.
Ubah butiran Cari Mac Saya
Pada Mac anda pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Jika “Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan” muncul di bawah Cari Mac Saya, klik Butiran, kemudian ikut arahan pada skrin supaya anda boleh mencari Mac ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan ciri iCloud dalam app Mac dengan nama yang sama, seperti Foto atau Nota, buka app, pilih Bantuan > Bantuan [app], kemudian cari iCloud.