
Mengubah seting ciri iCloud
Selepas menyediakan iCloud pada Mac, anda boleh memilih ciri yang anda mahu gunakan dan tukar seting lain dalam keutamaan iCloud.

Jika anda menyediakan akaun iCloud kedua pada Mac, anda boleh mengubah seting ciri untuknya dalam keutamaan Akaun Internet.
Untuk menyediakan ciri iCloud pada peranti iOS, Apple TV, atau komputer Windows anda, lihat artikel Sokongan Apple Tukar seting ciri iCloud anda.
Aktifkan atau nyahaktifkan ciri
Untuk menukar seting ciri iCloud, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Buka keutamaan iCloud untuk saya
Pilih setiap ciri yang anda mahu guna. Nyahplih sebarang ciri yang anda tidak mahu guna.
Sesetengah ciri mempunyai seting tambahan yang anda boleh ubah dengan mengklik Pilihan atau Butiran berdekatan nama ciri apabila ciri itu diaktifkan.
Jika anda memilih ciri Kenalan ketika app Kenalan anda diselaraskan dengan Kenalan Google, penyelarasan Google akan dinyahaktifkan. Anda seharusnya kekalkannya nyahaktif ketika menggunakan iCloud untuk kenalan anda.
Ubah butiran akaun
Untuk menukar seting akaun iCloud, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Buka keutamaan iCloud untuk saya
Klik Butiran Akaun untuk mengubah nama dan foto iCloud anda, serta kenalan, keselamatan, peranti dan maklumat bayaran iCloud anda. Lihat Ubah maklumat akaun iCloud.
Sediakan atau uruskan Perkongsian Keluarga
Untuk menukar seting Perkongsian Keluarga, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Buka keutamaan iCloud untuk saya
Sediakan Keluarga: Anda akan melihat butang ini jika anda belum lagi sebahagian daripada keluarga. Seseorang yang dewasa boleh menyediakan perkongsian keluarga.
Mengurus Keluarga: Anda akan melihat butang ini jika:
Anda menerima jemputan dan mahu menyertai keluarga.
Anda ialah ahli keluarga dan mahu berhenti berkongsi pembelian anda, berhenti berkongsi lokasi peranti anda dengan ahli keluarga lain, atau tinggalkan keluarga.
Anda sediakan Perkongsian Keluarga dan mahu mengurus keluarga. Sebagai contoh, anda mahu menambah ahli atau menghantar semula jemputan untuk menyertai, menukar pelan storan Perkongsian Keluarga, atau untuk mengawal perbelanjaan ahli keluarga yang muda.
Ubah pilihan iCloud Drive
Untuk melihat atau menukar seting iCloud Drive, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Buka keutamaan iCloud untuk saya
Jika iCloud Drive diaktifkan, klik Pilihan untuk memilih:
Sama ada untuk simpan folder Desktop dan Dokumen anda dalam iCloud Drive. Lihat Simpan desktop dan dokumen anda dalam iCloud Drive.
App mana yang menggunakan storan iCloud anda.
App mana yang membenarkan orang mencari anda melalui alamat e-mel anda (yang anda gunakan sebagai Apple ID anda untuk iCloud). Sesiapa yang mencari anda juga boleh melihat nama pertama dan akhir anda. Klik Cari Saya Dengan E-mel untuk melihat senarai app iOS dan Mac yang menggunakan ciri tersebut.
Untuk mengelakkan app daripada menunjukkan alamat e-mel dan nama anda kepada pengguna lain, nyahtanda kotak semak app dalam senarai.
Jika senarai Cari Saya Dengan E-mel kosong, anda tidak mempunyai sebarang app iOS atau Mac dipasang yang menggunakan ciri itu.
Sama ada untuk mengoptimumkan storan pada Mac anda. Apabila pengoptimuman diaktifkan, semuanya dalam iCloud Drive disimpan pada Mac anda, jika terdapat ruang yang mencukupi. Apabila ruang diperlukan, fail dikeluarkan daripada Mac anda dan disimpan dalam iCloud. Nyahpilih ciri ini untuk menyimpan semuanya dalam iCloud Drive pada kedua-dua Mac dan iCloud anda.
Ubah pilihan Foto iCloud
Untuk melihat atau menukar seting Foto iCloud, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Buka keutamaan iCloud untuk saya
Jika Foto diaktifkan, klik Pilihan untuk aktifkan atau nyahaktifkan ciri berikut:
Pustaka Foto iCloud: Lihat Gunakan Pustaka Foto iCloud untuk menyimpan, berkongsi dan mengurus foto anda dalam iCloud.
Strim Foto Saya: Lihat Gunakan Strim Foto Saya untuk mengakses foto terbaru daripada semua peranti anda.
Perkongsian Foto iCloud: Lihat Apakah Perkongsian Foto iCloud?.
Pada Mac dengan Aperture dipasang, lihat Bantuan Aperture untuk mendapatkan maklumat tentang kedua ciri terakhir.
Ubah pilihan Rantai Kunci iCloud
Untuk melihat atau menukar seting Rantai Kunci iCloud, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Buka keutamaan iCloud untuk saya
Jika ada butang Pilihan bersebelahan Rantai Kunci, kliknya untuk mengubah:
Sama ada Kod Keselamatan iCloud anda boleh digunakan untuk meluluskan Rantai Kunci iCloud pada peranti baru
Kod Keselamatan iCloud atau nombor telefon yang digunakan untuk mengesahkan identiti anda selepas anda menggunakan Kod Keselamatan iCloud
Jika “Menunggu untuk kelulusan” muncul di bawah Rantai Kunci, klik Pilihan untuk memasukkan Kod Keselamatan iCloud anda dan bukannya meluluskan Mac ini dari peranti lain. Jika anda terlupa kod, anda boleh reset Rantai Kunci iCloud.
Jika tiada butang Pilihan bersebelahan Rantai Kunci, Apple ID anda disediakan untuk pengesahan dua faktor. Dalam hal ini, apabila anda menyediakan iCloud pada peranti baru, anda membenarkan peranti tersebut menggunakan data iCloud anda dengan hanya memasukkan kata laluan atau kod laluan log masuk Mac atau peranti iOS anda yang telah menyediakan iCloud.
Ubah butiran Cari Mac Saya
Untuk melihat atau menukar seting iCloud untuk Cari Mac Saya, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Buka keutamaan iCloud untuk saya
Jika “Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan” muncul di bawah Cari Mac Saya, klik Butiran, kemudian ikut arahan pada skrin supaya anda boleh mencari Mac ini.
Mengurus storan iCloud
Untuk melihat atau menukar maklumat storan iCloud, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Buka keutamaan iCloud untuk saya
Klik Mengurus. Lihat Mengurus storan iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan ciri iCloud dalam app Mac dengan nama yang sama, seperti Foto atau Nota, buka app, pilih Bantuan > Bantuan [app], kemudian cari iCloud.