Keutamaan Umum
Gunakan anak tetingkap Umum dari Keutamaan Sistem Kebolehcapaian untuk mendayakan Kawalan Suis dan buka Editor Panel.
Untuk membuka anak tetingkap ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, klik Kawalan Suis, kemudian klik Umum.
Buka anak tetingkap Kawalan Suis untuk saya
Dayakan Kawalan Suis | Aktifkan Kawalan Suis untuk memaparkan Panel Rumah Kawalan Suis. Untuk nyahaktifkan Kawalan Suis, nyahpilih kotak semak atau tutup Panel Rumah Kawalan Suis. Jika butang Tutup tidak ditunjukkan di penjuru kiri atas Panel Rumah, gerakkan penuding ke penjuru supaya butang muncul. |
Sembunyikan panel selepas tidak aktif | Sembunyikan panel Kawalan Suis selepas tempoh tidak aktif tertentu, sehingga 60 saat. Untuk tunjukkan panel semula, tekan sebarang suis. Pilihan ini berguna apabila anda tidak perlukan panel buat seketika, seperti apabila menonton filem. |
Editor Panel | Cipta panel untuk ditambah kepada Khusus pada Panel Rumah Kawalan Suis, atau untuk berkongsi dengan yang lain. |