![](https://help.apple.com/assets/62A8ED2F99A5D0045E612A42/62A8ED3DCA32D1047032C8FF/ms_MY/5f460d4e08413d25f0d448e96e47bb0d.png)
Tukar keutamaan Pemberitahuan pada Mac
Pada Mac anda, gunakan Keutamaan Sistem Pemberitahuan untuk menentukan masa anda tidak mahu diganggu oleh pemberitahuan dan untuk mengawal cara pemberitahuan ditunjukkan dalam Pusat Pemberitahuan.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple , kemudian klik Pemberitahuan. Pilih app atau tapak web di sebelah kiri, kemudian lihat atau tukar seting di sebelah kanan. Pilihan berbeza mengikut app.
Buka keutamaan Pemberitahuan & Fokus untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Senarai app dan tapak web | Sesuaikan pemberitahuan untuk app atau tapak web. Untuk mengetahui cara mengeluarkan tapak web daripada senarai, lihat Sesuaikan pemberitahuan tapak web dalam Safari. |
Benarkan Pemberitahuan | Aktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan. Apabila anda menyahaktifkan pemberitahuan, gaya isyarat dan pilihan pemberitahuan lain dimalapkan. |
Gaya isyarat | Pilih gaya pemberitahuan:
|
Benarkan isyarat kritikal | Benarkan app menghantar pemberitahuan kritikal. Sebagai contoh, apabila anda memilih pilihan ini untuk app Rumah, pemberitahuan bagi aksesori seperti sensor asap atau mangga pintu sentiasa ditunjukkan, walaupun semasa Fokus sedang aktif. |
Benarkan isyarat sensitif masa | Benarkan app menghantar pemberitahuan sensitif masa. Sebagai contoh, apabila anda memilih pilihan ini untuk app Kalendar, pemberitahuan bagi peristiwa yang memerlukan perhatian segera anda ditunjukkan. Untuk menunjukkan pemberitahuan ini apabila Fokus diaktifkan, anda juga mesti mengesetkan pilihan untuk Fokus dalam keutamaan Fokus. Lihat Pilih pemberitahuan untuk dibenarkan. |
Tunjukkan pemberitahuan pada skrin kunci | Apabila anda membangunkan Mac anda daripada tidur, tunjukkan pemberitahuan yang anda terima semasa ia sedang tidur dalam tetingkap log masuk. Lihat Tidurkan atau bangunkan Mac anda. |
Tunjukkan dalam Pusat Pemberitahuan | Senaraikan pemberitahuan terkini dalam Pusat Pemberitahuan. Pemberitahuan lebih lama daripada 7 hari tidak ditunjukkan. |
Ikon app lencana | Benarkan app menunjukkan bilangan pemberitahuan pada ikonnya dalam Dock. Sebagai contoh, Kalendar menunjukkan lencana pada ikonnya apabila anda menerima jemputan. |
Mainkan bunyi untuk pemberitahuan | Benarkan app memainkan bunyi pemberitahuan. |
Tunjukkan pratonton | Tunjukkan pratonton dalam pemberitahuan untuk app atau tapak web. Sebagai contoh, jika anda menerima e-mel, pratonton e-mel ditunjukkan dalam pemberitahuan Mail.
Nota: Jika anda memilih seting daripada menu timbul “Tunjukkan pratonton” di bahagian bawah anak tetingkap keutamaan, ia digunakan pada semua app. |
Himpunan Pemberitahuan | Pilih sama ada dan cara pemberitahuan app atau tapak web dikumpulkan dalam Pusat Pemberitahuan:
|
Benarkan pemberitahuan | Jeda atau benarkan pemberitahuan apabila paparan sedang tidur, skrin dikunci, atau apabila anda mencerminkan atau berkongsi paparan (sebagai contoh, apabila memainkan pembentangan). |