Seret dan lepas item pada Mac
Anda boleh seret dan lepas item untuk melakukan perkara seperti mengalihkan atau menyalin fail dan folder, menambah imej ke e-mel, atau mengerakkan teks dalam dokumen.
Alih atau salin item
Pada Mac anda, pilih item yang anda mahu seret—seperti imej atau blok teks.
Tekan dan tahan trackpad atau tetikus semasa anda seret item ke lokasi baru.
Untuk menyalin item, tekan dan tahan kekunci Option semasa anda menyeret.
Lepaskan trackpad atau tetikusuntuk melepaskan item dalam lokasi baru.
Gunakan seret dan lepas dalam Dock dan Finder
Pada Mac, anda boleh seret item yang anda biasa gunakan ke Dock atau bar sisi Finder untuk menjadikannya mudah digunakan. Apabila anda lakukannya, alias untuk item ditempatkan di sana.
Tambah item kepada Dock: Seret app ke sebelah kiri garis pemisah (di hadapan app yang terbaru digunakan, jika ditunjukkan). Seret dan lepas fail dan folder ke sebelah kanan garis pemisah (selepas app yang terbaru digunakan, jika ditunjukkan).
Tambah folder, fail atau app ke bar sisi Finder: Seret folder ke mana-mana sahaja dalam bahagian Kegemaran pada bar sisi Finder; untuk fail atau app, tekan dan tahan kekunci Command semasa anda menyeret.
Untuk mengeluarkan item yang anda tambah ke bar sisi Dock atau Finder, seretnya keluar sehingga anda melihat perkataan Keluarkan atau ikon Keluarkan . Hanya alias dikeluarkan; item sebenar kekal pada Mac anda.