Tukar pilihan lanjutan Zum untuk kebolehcapaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan pilihan Lanjutan daripada keutamaan Zum Kebolehcapaian untuk mengesetkan pilihan penampilan, kawalan dan fokus untuk gaya zum yang dipilih (Skrin penuh, Skrin Terpisah, atau Gambar-dalam-gambar).
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian , klik Zum, kemudian klik Lanjutan.
Buka anak tetingkap Zum untuk saya
Pilihan penampilan
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Berterusan dengan penuding | Jadikan imej skrin beralih dengan penuding. |
Hanya apabila penuding mencapai tepi | Halang imej skrin daripada beralih sehingga anda mengalih penuding ke tepi skrin. |
Supaya penuding berada pada atau berdekatan pusat imej zum | Pastikan titik tengah imej skrin berdekatan penuding. |
Pulihkan semula faktor zum pada permulaan | Gunakan faktor zum semasa pada bila-bila masa anda mengaktifkan zum atau memulakan Mac anda. |
Warna songsang | Sementara menggunakan gaya zum Skrin terpisah atau Gambar dalam gambar, terbalikkan warna kandungan dalam tetingkap. Jika skrin menunjukkan hitam pada putih, tetingkap zum menunjukkan putih pada hitam. |
Imej licin | Jadikan imej skrin zum kelihatan lancar. |
Kerlipkan skrin apabila sepanduk pemberitahuan muncul di luar paparan zum | Kerlipkan skrin apabila pemberitahuan tiba jika penjuru kanan atas skrin tidak ditunjukkan dalam kawasan zum. |
Nyahdayakan Kawalan Universal semasa zum masuk | Nyahdayakan Kawalan Universal buat sementara pada bila-bila masa anda zum masuk pada skrin Mac anda, supaya lebih mudah untuk zum masuk di sepanjang pinggir skrin. Lihat Gunakan papan kekunci dan tetikus atau trackpad merentas peranti dengan Kawalan Universal. |
Jadikan tetingkap zum pegun | Sementara menggunakan gaya zum Gambar dalam gambar, tempatkan tetingkap zum di satu lokasi pada skrin. |
Laras saiz dan lokasi | Sementara menggunakan gaya zum Skrin terpisah atau Gambar dalam gambar, tukar saiz dan kedudukan kawasan zum atau tetingkap.
Jika anda memilih pilihan dalam anak tetingkap Kawalan untuk menggunakan pintasan papan kekunci untuk melaraskan tetingkap zum, anda boleh mensaizkan semula dan menempatkan tetingkap semasa bekerja dengan mudah:
|
Mengawal pilihan
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tahan untuk menogol zum buat sementara | Zum masuk dan keluar buat sementara pada skrin apabila anda tekan dan tahan kekunci Control dan Option pada masa yang sama. |
Tahan untuk mengeluarkan paparan zum daripada penuding buat sementara | Jika skrin dizum masuk, menjadikan ianya sukar untuk melihat maklumat dipaparkan di bawah penuding, tekan dan tahan kekunci Control dan Command pada masa yang sama untuk menyembunyikan penuding dan mengalihkan paparan zum tanpa mengubah lokasi penuding. |
Tekan F untuk menogol antara zum skrin penuh dan gambar dalam gambar | Tekan kekunci Control, Command dan F pada masa yang sama untuk menukar antara gaya zum. |
Gunakan pintasan papan kekunci untuk melaraskan tetingkap zum | Tukar saiz dan kedudukan tetingkap zum semasa bekerja menggunakan pintasan papan kekunci yang ditandakan. |
Gunakan gerak isyarat trackpad untuk zum | Zum menggunakan gerak isyarat trackpad yang ditunjukkan. |
Setkan julat untuk penzuman pantas ke dalam dan ke luar | Setkan paras maksimum atau minimum pembesaran. |
Pilihan Ikut Fokus
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Ikut fokus papan kekunci | Besarkan kawasan skrin yang mempunyai fokus papan kekunci pada setiap masa, hanya semasa menaip, atau jangan. |
Alihkan imej skrin apabila item fokus | Alihkan imej skrin apabila item yang mempunyai fokus papan kekunci tidak berada di tengah atau berada di atau berdekatan pinggir skrin. |
Apabila fokus bertukar, imej skrin bergerak | Apabila fokus papan kekunci bertukar kepada item lain, gerakkan imej skrin supaya item berada di atau berdekatan bahagian tengah imej, atau gerakkan imej skrin cukup untuk menunjukkan item. |
Kelajuan Pergerakan | Kelajuan yang imej skrin bergerak untuk mengikut fokus papan kekunci. Seret gelangsar di mana-mana sahaja antara Perlahan dan Cepat. |