Padam fail daripada cakera sandaran Time Machine anda
Anda boleh padam semua salinan fail atau folder yang disandarkan dari cakera sandar Time Machine anda.
Nota: Arahan ini digunakan hanya untuk sandaran disimpan pada cakera sandar luaran. Anda tidak boleh padam item dari petikan setempat yang disimpan pada pemacu dalaman anda.
Klik ikon Time Machine dalam bar menu, kemudian pilih Masukkan Time Machine.
Jika ikon Time Machine tiada dalam bar menu, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Time Machine, kemudian pilih “Tunjukkan Time Machine dalam bar menu.”
Gunakan anak panah dan garis masa pada sisi kanan skrin anda untuk melayari sandaran yang dicipta oleh Time Machine.
Pilih item yang anda mahu padamkan, kemudian klik menu timbul Tindakan dan pilih Padam Semua Sandaran [nama item].
Anda boleh menggunakan Finder untuk mengalih, menyalin, atau memadam folder Backups.backupdb pada cakera sandaran Time Machine anda seperti yang anda lakukan pada folder lain. Anda boleh memadam folder dalam folder Backups.backupdb, namun anda tidak boleh memadam item individu di dalam folder bertarikh.
Penting: Jangan gunakan Terminal atau sebarang app lain selain daripada Finder untuk mengalih, menyalin atau mengeluarkan item daripada folder Backups.backupdb. Juga, jangan ubah suai atau padam sebarang item dalam /. Direktori MobileBackups. Time Machine menggunakan direktori ini untuk mengekalkan petikan setempat, yang dipadamkan secara automatik oleh Time Machine apabila lebih banyak ruang diperlukan.