Tukar pilihan untuk sambungan VPN L2TP melalui IPSec pada Mac
Setkan pilihan VPN, seperti mengawal apabila diputuskan sambungan VPN dan mengaktifkan berjela pengelogan untuk mendapatkan lebih maklumat log dalam sesi VPN.
Pilihan VPN tersedia hanya untuk sambungan VPN jenis L2TP melalui IPSec. (Untuk jenis lain sambungan VPN, pilihan ditentukan oleh pelayan VPN apabila sambungan VPN dirundingkan.)
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih perkhidmatan VPN anda dalam senarai di sebelah kiri.
Jika perkhidmatan VPN anda tiada dalam senarai, klik butang Tambah di bawah senarai, klik menu timbul Antara Muka dan pilih VPN, kemudian klik menu timbul Jenis VPN dan pilih jenis VPN. Masukkan nama untuk perkhidmatan, kemudian klik Cipta.
Masukkan alamat pelayan, nama akaun dan sebarang seting pengesahan yang anda terima dari pentadbir rangkaian atau ISP anda.
Klik Lanjutan, klik Pilihan, kemudian pilih pilihan yang anda mahu gunakan:
Putuskan sambungan apabila menukar akaun pengguna: Akhiri sesi VPN apabila anda menukar pengguna.
Putuskan sambungan apabila pengguna log keluar: Akhiri sesi VPN apabila pengguna log keluar.
Hantarkan semua trafik melalui sambungan VPN: Hantar semua trafik rangkaian merentas sambungan VPN, tidak kira servis rangkaian anda gunakan, seperti Wi-Fi atau Ethernet.
Gunakan pengelogan berjela: Menangkap maklumat log dengan lebih terperinci dalam sesi VPN anda. Ini sangat berguna jika anda sedang menyelesaikan masalah dengan sambungan VPN anda.