Pantau penggunaan komputer kanak-kanak
Jika anda menetapkan kawalan ibu bapa untuk pengguna, anda boleh melihat log untuk memantau app dan aktiviti Internet pengguna.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Kawalan Ibu Bapa.
Klik ikon kunci untuk membuka kunci, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir (atau jika Mac anda mempunyai Touch Bar, gunakan Touch ID).
Pilih pengguna dalam senarai pengguna.
Klik Log.
Klik menu timbul “Tunjukkan aktiviti untuk”, kemudian pilih tempoh masa untuk melihat log.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Klik Aplikasi untuk melihat senarai (diisih dari paling banyak digunakan ke paling kurang digunakan) dan carta pai interaktif berkaitan, menunjukkan peratusan masa yang digunakan setiap satu.
Klik Web untuk melihat senarai tapak web (diisih dari paling banyak digunakan ke paling kurang digunakan) dan carta pai interaktif berkaitan, menunjukkan peratusan masa yang digunakan pada setiap tapak web.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Dalam paparan Aplikasi, klik segi tiga pendedahan untuk melihat masa, tarikh dan tempoh masa.
Dalam paparan Web, klik segi tiga pendedahan di sebelah nama tapak web untuk melihat senarai halaman web tertentu. Klik segi tiga pendedahan di sebelah nama halaman web untuk melihat masa dan tarikah lawatan untuk halaman web itu.
Untuk menyekat anak daripada menggunakan app atau melihat tapak web, pilih entri, kemudian klik Hadkan. Untuk nyahsekat app atau tapak web, klik Benarkan.
Klik Buka untuk buka app dipilih atau lihat tapak web dipilih.
Untuk kosongkan sejarah untuk paparan Aplikasi atau paparan Web, klik Kosongkan Log.