Gunakan skrip terminal sambungan PPP pada Mac
Sesetengah ISP mungkin memerlukan skrip terminal sambungan PPP untuk bersambung ke internet dengan menggunakan modem. Hubungi ISP anda untuk skrip terminal.
Dalam Finder, tekan terus kekunci Option, kemudian pilih Pergi > Pustaka.
Jika folder Pustaka tidak mengandungi folder Skrip Terminal, anda perlu menciptanya. Pilih Fail > Folder Baru dan namakan folder baru Skrip Terminal.
Salin fail skrip terminal daripada ISP anda ke folder Skrip Terminal.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih perkhidmatan modem anda dalam senarai di sebelah kiri, kemudian klik Lanjutan.
Klik PPP, klik menu timbul Seting, kemudian pilih Konfigurasi.
Klik menu timbul Skrip Terminal, kemudian pilih skrip sambungan anda.
Klik OK, kemudian klik Guna.
Jika menu timbul Skrip Terminal dimalapkan, ini bermakna skrip tidak dapat dikenali. Periksa sama ada skrip adalah sah dan dipasang dalam folder Skrip Terminal dalam folder Pustaka anda (lihat langkah 1-3 di atas).