Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Mampatkan atau nyahmampatkan fail dan folder pada Mac
Fail dimampat mengambil ruang cakera kurang daripada fail tidak dimampat, jadi pemampatan berguna untuk membuat salinan sandaran data anda atau untuk menghantar maklumat melalui Internet.
Pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Mampatkan fail atau folder: Control-klik ia atau ketik ia menggunakan dua jari, kemudian pilih Mampat dari menu pintasan.
Jika anda memampatkan item tunggal, fail yang dimampatkan akan mempunyai nama item asal dengan sambungan .zip. Jika anda memampatkan berbilang item sekali gus, fail yang dimampatkan dipanggil Arkib.zip.
Nyahmampat (kembangkan) item: Dwiklik fail .zip.