Gunakan IP atas FireWire untuk menyambungkan komputer Mac
Sambungkan dua komputer Mac yang dilengkapi dengan FireWire menggunakan kabel FireWire, kemudian gunakan Protokol Internet (IP) untuk berkomunikasi di antara komputer.
Sambungkan kabel FireWire ke port FireWire pada komputer yang anda mahu sambungkan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih FireWire dalam senarai di sebelah kiri.
Klik Lanjutan, klik DNS, kemudian masukkan alamat DNS dan domain carian jika rangkaian anda memerlukannya. Semak dengan pentadbir rangkaian atau pembekal perkhidmatan anda jika anda tidak pasti apakah alamatnya.
Klik OK, kemudian klik Guna.
Apabila anda sambungkan komputer menggunakan IP atas FireWire, secara lalai, komputer menerima alamat IP menggunakan DHCP. Untuk masukkan alamat IP secara manual atau pilih cara lain untuk menerima alamat IP, gunakan menu timbul Konfigurasi IPv4.