Cakera dalaman komputer anda
Mac anda mempunyai cakera dalaman, yang merupakan peranti storan yang mengandungi app dan maklumat yang digunakan oleh Mac anda. Sesetengah komputer Mac mempunyai cakera dalaman tambahan atau cakera luaran bersambung.
Tentukan cakera permulaan
Cakera permulaan mengandungi perisian sistem macOS. Cakera dalaman anda biasanya adalah cakera permulaan, tetapi anda juga boleh memulakan Mac anda dari cakera luaran atau CD atau DVD yang mempunyai perisian sistem. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Ubah cakera permulaan anda.
Untuk mengetahui cakera mana digunakan sebagai cakera permulaan, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Cakera Permulaan.
Mengurus ruang cakera
Untuk melihat berapa banyak ruang tersedia pada cakera, buka tetingkap Finder, pilih cakera dalam bahagian Peranti dari bar sisi Finder, kemudian pilih Fail > Dapatkan Info. Untuk meningkatkan ruang tersedia, anda boleh memampatkan folder, padam item peribadi, atau simpan item pada cakera berasingan. Untuk ketahui lanjut tentang mengosongkan storan, lihat Optimumkan storan pada Mac anda.
Petakan cakera
Anda boleh membahagikan cakera tunggal ke dalam bahagian, dinamakan petak atau volum, yang bertindak seperti cakera yang lebih kecil. Sesetengah orang lakukan ini untuk membantu mengatur dan mengurus ruang cakera mereka.
Sandarkan cakera anda
Adalah sangat penting untuk kerap sandarkan fail pada cakera dalaman anda. Time Machine membuatkan sandaran mudah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sandarkan fail anda dengan Time Machine.
Selesaikan masalah cakera
Jika anda mengesyaki atau mengalami masalah dengan cakera dalaman anda, Utiliti Cakera boleh membantu anda mendiagnosis dan membaiki masalah. Pastikan ikut arahan dengan teliti. Jika perlu, cakera lalai boleh diganti.