Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Semak sambungan rangkaian anda
Keutamaan rangkaian menunjukkan status sambungan rangkaian anda, tetapi anda juga boleh menggunakan Utiliti Rangkaian.
Anda boleh menggunakan Utiliti Rangkaian untuk lihat setiap sambungan rangkaian, termasuk alamat perkakasan antara muka, alamat IP yang diperuntukkan kepadanya, kelajuan dan statusnya (aktif atau tidak aktif), nama pengeluar dan modelnya, kiraan paket data yang dihantar dan diterima dan kiraan ralat penghantaran dan perlanggaran.
Buka Utiliti Rangkaian.
Klik Info, kemudian pilih antara muka rangkaian dari menu timbul.
Gunakan maklumat ini, bersama-sama dengan maklumat rangkaian yang dibekalkan dalam keutamaan Sistem, untuk menyiasat sambungan rangkaian anda.
Lihat jugaBantuan Utiliti Rangkaian