Gunakan warna dalam dokumen pada Mac
Dalam kebanyakan app macOS, anda boleh menggunakan tetingkap Warna (atau gunakan kawalan warna dalam Touch Bar) untuk mengubah warna teks dan objek dalam dokumen. Anda boleh juga memberikan profil warna kepada dokumen, bagi memastikan warna yang anda lihat pada skrin adalah yang digunakan apabila dokumen dicetak atau dilihat pada komputer lain.
Dalam app pada Mac anda, pilih Format > Tunjukkan Warna, Format > Fon > Tunjukkan Warna, atau Lihat >Tunjukkan Warna.
Dalam sesetengah app, anda boleh klik butang dalam bar alat app atau dalam anak tetingkap seting.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Pilih warna untuk teks atau objek terpilih: Klik roda warna, penggelongsor, palet, imej atau butang pensel di bahagian atas tetingkap, kemudian klik warna. Anda boleh menentukan warna yang lebih tepat dengan menggunakan penggelongsor atau memasukkan nilai.
Simpan warna untuk digunakan lagi: Di bahagian bawah tetingkap, seret warna daripada perigi warna di sebelah kiri ke perigi kosong di sebelah kanan. Untuk mengeluarkan warna, seretnya ke Sampah.
Tentukan profil warna: Klik butang Penggelongsor Warna, kemudian pilih penggelongsor (seperti Penggelongsor CMYK) dari menu timbul. Jika perlu, laraskan warna dengan menggunakan penggelongsor atau memasukkan nilai. Kemudian, klik butang seting Profil Warna bersebelahan dengan menu timbul untuk memilih profil.
Jika warna dokumen anda tidak kelihatan betul selepas memperuntukkan profil, mungkin app yang anda gunakan tidak mengenali profil warna. Cuba berikan versi umum profil.
Anda boleh mencipta profil warna khusus anda sendiri menggunakan Utiliti ColorSync.