Ubah cara tetikus anda bekerja
Untuk bekerja dengan lebih selesa, ubah cara tetikus anda memberi respons semasa anda menggerakkannya.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Tetikus.
Setkan penggelongsor. Semasa anda melaraskan penggelongsor, cuba alih dan klik tetikus anda untuk melihat kesan daripada perubahan anda.
Menjejak: Laraskan berapa laju penuding bergerak apabila anda menyeret tetikus.
Dwiklik: Laraskan berapa cepat anda perlu mengklik supaya Mac anda dapat mengecam dwiklik.
Menskrol (jika tetikus anda mempunyai bola atau roda skrol): Laraskan berapa cepat penuding bergerak apabila anda skrol. Bola skrol tidak skrol pada menu atau penggelongsor dalam dialog.
Jika anda menggunakan Magic Mouse atau peranti lain dengan berbilang butang, anda akan melihat pilihan tambahan.
Jika anda menghadapi masalah menggunakan tetikus, anda boleh mengaktifkan Kekunci Tetikus, kemudian gunakan papan kekunci atau pad kekunci angka untuk menggerakkan penuding tetikus dan klik.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Tetikus & Trackpad.
Buka anak tetingkap Tetikus & Trackpad untuk saya