Tukar keutamaan Dock pada Mac
Pada Mac anda, gunakan Keutamaan Sistem Dock untuk menukar saiz ikon dalam Dock, menempatkan semula atau menyembunyikan Dock dan banyak lagi.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Dock.
Buka keutamaan Dock untuk saya
Saiz | Seret penggelongsor untuk menukar saiz Dock. |
Pembesaran | Membesarkan ikon apabila anda alihkan penuding ke atasnya. Seret penggelongsor untuk memilih saiz pembesaran. |
Posisi pada skrin | Pilih untuk meletakkan Dock di sepanjang pinggir kiri, bawah atau kanan skrin. |
Minimumkan tetingkap dengan menggunakan | Pilih kesan visual yang digunakan apabila anda perkecilkan tetingkap. |
Utamakan tab apabila membuka dokumen | Pilih bila anda mahu dokumen terbuka dalam tab (dan bukannya dalam tetingkap baru): sentiasa, hanya apabila anda bekerja dalam skrin penuh, atau secara manual (hanya apabila anda membuka dokumen dengan cara itu). |
Dwiklik bar tajuk tetingkap untuk | minimumkan: Minimumkan tetingkap app ke Dock. zum: Kembangkan tetingkap untuk mengisi ruang antara Dock dan bar menu. Jika Dock berada di sisi skrin, tetingkap mengisi ruang di bawah bar menu dan ke sisi Dock. |
Perkecilkan tetingkap ke dalam ikon aplikasi | Perkecilkan tetingkap app ikon app di Dock. Jika pilihan itu dinyahpilih, tetingkap diminimumkan ke kawasan dalam Dock. |
Menganimasikan aplikasi terbuka | Buat ikon melantun apabila anda membuka app. |
Sembunyikan dan tunjukkan Dock secara automatik | Sembunyikan Dock apabila anda tidak menggunakannya. Untuk melihat Dock tersembunyi, gerakkan penuding ke pinggir skrin di mana Dock berada. |
Tunjukkan penunjuk untuk aplikasi terbuka | Tunjukkan titik kecil hitam di bawah ikon app di Dock apabila app terbuka. |
Tunjukkan aplikasi terbaru dalam Dock | Tunjukkan app terbaru dibuka (jika ia belum disertakan dalam Dock) di satu hujung Dock. |