Keutamaan Dock
Gunakan Keutamaan Sistem Dock untuk menukar saiz ikon dalam Dock, menempatkan semula atau menyembunyikan Dock dan banyak lagi.
Untuk membuka keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Dock.
Buka keutamaan Dock untuk saya
Saiz | Seret penggelongsor untuk menukar saiz Dock. |
Pembesaran | Membesarkan ikon apabila anda alihkan penuding ke atasnya. Seret penggelongsor untuk memilih saiz pembesaran. |
Posisi pada skrin | Pilih untuk meletakkan Dock di sepanjang pinggir kiri, bawah atau kanan skrin. |
Minimumkan tetingkap dengan menggunakan | Pilih kesan visual yang digunakan apabila anda perkecilkan tetingkap. |
Utamakan tab apabila membuka dokumen | Pilih bila anda mahu dokumen terbuka dalam tab (dan bukannya dalam tetingkap baru): sentiasa, hanya apabila anda bekerja dalam skrin penuh, atau secara manual (hanya apabila anda membuka dokumen dengan cara itu). |
Dwiklik bar tajuk tetingkap untuk | minimumkan: Perkecilkan tetingkap app ke kawasan di hujung Dock. zum: Kembangkan tetingkap untuk mengisi ruang antara Dock dan bar menu. Jika Dock berada di sisi skrin, tetingkap mengisi ruang di bawah bar menu dan ke sisi Dock. |
Perkecilkan tetingkap ke dalam ikon aplikasi | Perkecilkan tetingkap app ikon app di Dock. Jika pilihan itu dinyahpilih, tetingkap diperkecilkan ke kawasan hujung Dock. |
Menganimasikan aplikasi terbuka | Buat ikon melantun apabila anda membuka app. |
Sembunyikan dan tunjukkan Dock secara automatik | Sembunyikan Dock apabila anda tidak menggunakannya. Untuk melihat Dock tersembunyi, gerakkan penuding ke pinggir skrin di mana Dock berada. |
Tunjukkan penunjuk untuk aplikasi terbuka | Tunjukkan titik kecil hitam di bawah ikon app di Dock apabila app terbuka. |