Tukar pencetak lalai atau nama pencetak pada Mac anda
Pencetak lalai adalah pencetak yang dipilih apabila dialog Cetak terbuka.
Jika anda melihat “Tiada pencetak yang dipilih” dalam dialog Cetak, tambah pencetak baru. Pencetak pertama yang anda tambah menjadi pencetak lalai, tetapi anda boleh mengubah pencetak lalai pada bila-bila masa.
Tukar pencetak lalai anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pencetak & Pengimbas.
Klik menu timbul “Pencetak Lalai”, kemudian pilih pilihan.
Jika anda mahu pencetak yang sama selalu menjadi pencetak lalai, pilih pencetak tersebut. Pencetak lalai tidak berubah walaupun anda mencetak dengan pencetak lain.
Jika anda mahu pencetak lalai menjadi pencetak terakhir yang anda cetak, pilih Pencetak Terakhir Digunakan. Komputer macOS anda mengingati pencetak terakhir yang anda gunakan di lokasi rangkaian terkini anda. Sebagai contoh, pencetak yang anda gunakan malam semalam mungkin bertukar bergantung sama ada anda berada di rumah atau di tempat kerja.
Petua: Untuk memilih pencetak lalai dengan cepat, Control-klik pencetak dalam senarai Pencetak dari anak tetingkap Pencetak & Pengimbas, kemudian pilih “Setkan pencetak lalai” dari menu pintasan.
Mengubah nama dan lokasi pencetak
Anda boleh masukkan nama dan lokasi baru untuk pencetak anda supaya pengguna lain boleh mencarinya dengan lebih mudah. Maklumat ini muncul dalam keutamaan Pencetak & Pengimbas.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pencetak & Pengimbas.
Pilih pencetak dalam senarai di sebelah kiri.
Klik Pilihan & Bekalan, kemudian klik Umum.
Taipkan nama dan lokasi baru dalam medan Nama dan Lokasi.
Nama: Masukkan nama deskriptif untuk pencetak (sebagai contoh, Pencetak Warna Laser).
Lokasi: Masukkan lokasi pencetak (sebagai contoh, “di luar pejabat saya”).
Petua: Untuk menukar nama pencetak dengan cepat, Control-klik pencetak dalam senarai Pencetak di keutamaan Pencetak & Pengimbas, pilih “Namakan semula pencetak” daripada menu pintasan, masukkan nama dan lokasi, kemudian klik OK.