Sesuaikan bar alat pada Mac
Kebanyakan tetingkap app mengandungi bar alat dengan butang yang membekalkan akses cepat kepada ciri, alat, atau tindakan yang kerap digunakan. Apabila anda menggunakan app, anda boleh sembunyikan bar alat atau pilih butang untuk disertakan dan cara ia muncul.
Pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut dalam app:
Sembunyi atau tunjukkan bar alat: Pilih Paparan > Sembunyikan Bar Alat atau Paparan > Tunjukkan Bar Alat. Semasa bekerja dalam skrin penuh untuk beberapa app, pilih Paparan > Selalu Tunjukkan Bar Alat dalam Skrin Penuh.
Keluarkan butang: Tahan kekunci Command semasa anda seret item keluar daripada bar alat sehingga anda lihat atau dengar kesan “poof”.
Susun semula butang: Tahan kekunci Command semasa anda seret item sekita bar alat, kemudian lepaskan item apabila ruang terbuka muncul.
Tambah butang: Pilih Paparan > Sesuaikan Bar Alat, kemudian seret item daripada palet ke bar alat sehingga anda nampak tanda tambah .
Ubah bagaimana butang muncul: Untuk sesetengah bar alat, anda boleh tunjukkan label dengan butang. Pilih Paparan > Sesuaikan Bar Alat, klik menu timbul Tunjuk, kemudian pilih pilihan.
Apabila anda mensaiz semula tetingkap, butang bar alat boleh tersembunyi apabila tetingkap disempitkan. Untuk melihat senarai item tersembunyi, klik anak panah berganda di hujung bar alat.
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, kebanyakan aplikasi—seperti Mail atau Safari—membolehkan anda menyesuaikannya. Lihat Sesuaikan Touch Bar pada Mac.