Cara Cadangan Siri berfungsi pada Mac
Apabila anda mengaktifkan Cadangan Siri, anda mendapat tindakan yang dicadangkan dalam sesetengah app sebelum anda memintanya. Sebagai contoh, apabila anda mendapat jemputan dalam Mail atau menempah penerbangan dalam Safari, anda ditanya jika anda mahu menambahnya pada kalendar anda. Atau, apabila anda melayari halaman web, anda mendapat cadangan untuk halaman web yang berkaitan.
Cara Cadangan Siri berfungsi
Berikut adalah beberapa cara anda boleh menyelesaikan tugas dengan lebih mudah apabila Cadangan Siri aktif:
Cipta e-mel dan peristiwa: Semasa anda menambah nama ke e-mel atau peristiwa kalendar, anda mendapat cadangan berdasarkan orang yang anda sertakan dalam e-mel atau peristiwa sebelumnya.
Cipta peringatan: Apabila seseorang meminta anda melakukan sesuatu (contohnya, “Boleh anda beli susu esok?”) dan anda memberikan jawapan (seperti “Ya,”), anda boleh mencipta peringatan untuk item tersebut.
Terima panggilan FaceTime: Jika anda menerima panggilan FaceTime masuk dan nombor telefon boleh ditemui dalam kenalan atau e-mel anda, pemanggil dikenal pasti dengan nama. Jika tidak, pemanggil dikenal pasti sebagai tidak diketahui.
Bertolak untuk peristiwa: Jika peristiwa kalendar anda disertakan lokasi, anda menerima pemberitahuan tentang masa untuk bertolak berdasarkan keadaan trafik.
Cari dalam Safari: Tapak web dicadangkan dan maklumat lain kelihatan dalam medan carian semasa anda menaip.
Sahkan janji temu atau tempah penerbangan pada tapak web perjalanan: Anda ditanya jika anda mahu menambah peristiwa atau maklumat perjalanan lain ke kalendar anda.
Baca cerita News: Anda boleh mendapatkan cadangan berdasarkan cerita yang anda baca dan saluran serta topik yang anda ikuti.
Sesuaikan Cadangan Siri
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Siri .
Klik Cadangan Siri & Privasi.
Pilih app dalam senarai untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Cadangan Siri atau “Belajar daripada App ini”.
Maklumat peribadi anda—yang disulitkan dalam kekal peribadi—kekal terkini merentas semua peranti Apple anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama. Semasa anda menggunakan Siri pada satu peranti, pengalaman anda dengan Siri dipertingkatkan pada peranti lain anda. Semasa anda menggunakan Siri, maklumat anda dilindungi dan anda boleh memilih perkara yang anda mahu kongsi.
Jika anda tidak mahu pemeribadian Siri untuk mengemas kini merentasi peranti anda, anda boleh menyahdayakan Siri dalam keutamaan iCloud. Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID , pilih iCloud dalam bar sisi, kemudian nyahaktifkan Siri. Pada masa akan datang, peningkatan Siri dihadkan ke Mac anda.