
Sediakan akaun iCloud kedua
Anda boleh menambah akaun iCloud kedua dalam keutamaan Akaun Internet untuk menggunakan dengan Mail, Kenalan, Kalendar, Peringatan dan Nota. Anda hanya boleh menggunakan akaun iCloud utama anda untuk ciri lain iCloud, seperti iCloud Drive, Pustaka Foto iCloud dan Perkongsian Foto iCloud, Tab iCloud dalam Safari, Rantai Kunci iCloud, Kembali ke Mac Saya dan Cari Mac Saya.
Nota: Jika anda menambah akaun iCloud kedua yang mempunyai nota dinaik taraf, ia tidak akan muncul pada Mac ini. Walau bagaimanapun, anda boleh melihat dan mengedit nota dalam akaun tersebut jika ia masih dalam format Nota lebih awal.

Tambah akaun iCloud kedua
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet.
Klik butang Tambah
, kemudian klik iCloud.Masukkan Apple ID kedua anda (atau klik Cipta Apple ID), masukkan kata laluan, kemudian klik Daftar Masuk.
Ubah butiran akaun
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet.
Pilih akaun iCloud kedua anda di sebelah kiri, kemudian klik Butiran untuk melihat Apple ID yang digunakan untuk akaun iCloud ini dan untuk menukar perihalan akaun yang ditunjukkan dalam keutamaan Akaun Internet.
Aktifkan atau nyahaktifkan ciri
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet.
Pilih akaun iCloud kedua anda di sebelah kiri, kemudian pilih setiap ciri yang anda mahu gunakan dan nyahpilih sebarang ciri yang anda tidak mahu gunakan.
Jika anda memilih ciri Kenalan ketika app Kenalan anda diselaraskan dengan Kenalan Google, penyelarasan Google akan dinyahaktifkan. Anda seharusnya kekalkannya nyahaktif ketika menggunakan iCloud untuk kenalan anda.
Mengurus storan iCloud
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet.
Pilih akaun iCloud kedua anda di sebelah kiri, kemudian klik Urus. Lihat Mengurus storan iCloud.
Keluarkan akaun iCloud kedua
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet.
Pilih akaun iCloud kedua anda di sebelah kiri, kemudian klik butang Keluarkan
.Jika Mac anda disediakan untuk Rantai Kunci iCloud apabila anda mengeluarkan akaun iCloud kedua, anda ditanya sama ada untuk mengeluarkan akaun itu daripada komputer Mac lain anda yang disediakan untuk Rantai Kunci iCloud, atau hanya nyahaktifkan semua ciri akaun pada Mac ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan ciri iCloud dalam app macOS, seperti Mail atau Kenalan, buka app, pilih Bantuan > Bantuan [app], kemudian cari iCloud.