Kawal akses ke foto anda pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan foto anda untuk membekalkan anda dengan perkhidmatan dan ciri. Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan foto anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Pilih Foto.
Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya untuk mengakses maklumat daripada Foto. Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan akses bagi app tersebut.
Jika anda menyahaktifkan akses untuk app, anda akan diminta untuk mengaktifkannya semula pada kali seterusnya app tersebut cuba menggunakan maklumat anda.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan foto anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Untuk pentadbir sistem yang mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Rujukan Pengerahan macOS.