Apakah kata laluan perisian tegar pada Mac?
Kata laluan perisian tegar menghalang pengguna yang tidak mempunyai kata laluan daripada memulakan sebarang peranti storan dalaman atau luaran melainkan cakera permulaan yang anda telah pilih. Ia juga menyekat kebolehan untuk menggunakan kebanyakan kombinasi kekunci permulaan.
Untuk mencipta kata laluan perisian tegar, mulakan Mac anda daripada Pemulihan macOS dengan menekan dan menahan kekunci Command dan R serta-merta selepas menghidupkan Mac anda. Apabila tetingkap Pemulihan kelihatan, pilih Utiliti > Utiliti Kata Laluan Perisian Tegar (OS X Mountain Lion sehingga macOS Sierra) atau Utiliti > Utiliti Keselamatan Permulaan (macOS High Sierra atau lebih baru). Utiliti ini hanya tersedia pada model Mac yang menyokong penggunaan kata laluan perisian tegar. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Setkan kata laluan perisian tegar pada Mac anda.