Tukar keutamaan Masa Henti dalam Masa Skrin pada Mac
Gunakan anak tetingkap Masa Henti pada keutamaan Masa Henti untuk menjadualkan waktu rehat daripada skrin, atau untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan masa henti mengikut keperluan. Semasa masa henti, hanya app yang anda pilih untuk benarkan serta panggilan telefon tersedia.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Masa Skrin , kemudian pilih Masa Henti dalam bar sisi. Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, pilih ahli keluarga daripada menu timbul dalam bar sisi.
Buka keutamaan Masa Henti Masa Skrin untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Masa Henti | Lihat status masa henti semasa dan aktifkan atau nyahaktifkan masa henti. Apabila masa henti Diaktifkan, klik butang Nyahaktif untuk membenarkan kanak-kanak terus menggunakan peranti mereka. Apabila masa henti Dinyahaktifkan, klik butang Aktif untuk mengaktifkan masa henti. Kanak-kanak tersebut dimaklumkan bahawa masa henti bermula dalam masa 5 minit. | ||||||||||
Dijadualkan | Lihat status jadual masa henti semasa dan aktifkan atau nyahaktifkan jadual. Untuk menyediakan jadual masa henti automatik, klik Aktifkan, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk menggantung jadual masa henti, klik Nyahaktifkan. | ||||||||||
Sekat pada Masa Henti | Sekat peranti kanak-kanak semasa masa henti. Apabila peranti disekat, kanak-kanak boleh meminta untuk lebih masa. Pilihan ini tersedia hanya apabila anda menggunakan kod laluan Masa Skrin. Lihat Tukar keutamaan Pilihan Masa Skrin. |