Gunakan kamera luaran dengan Mac
Kebanyakan komputer Mac mempunyai kamera terbina dalam ditempatkan berdekatan pinggir atas skrin, tetapi anda juga boleh menggunakan kamera luaran dengan Mac anda.
Sambung kamera luaran
Sambung kabel kamera ke port pada Mac anda. Lihat Perihal port video pada Mac.
Jika kamera mempunyai penyambung yang tidak sepadan dengan port yang anda mahu sambungkan, anda mungkin boleh menggunakannya dengan penyesuai. Lihat artikel Sokongan Apple Penyesuai untuk port Thunderbolt 4, Thunderbolt 3 atau USB-C pada Mac anda.
Tunggu 10 hingga 15 saat untuk Mac anda mengenal pasti kamera.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyambungkan kamera luaran anda, lihat arahan pengeluar.
Gunakan kamera luaran dengan app dan ciri
Photo Booth: Klik Kamera dalam bar menu, kemudian pilih kamera luaran anda.
FaceTime: Klik Video dalam bar menu, kemudian pilih kamera luaran anda.
QuickTime Player: Pilih Fail > Rakaman Filem Baharu, klik menu timbul Pilihan, kemudian pilih kamera luaran anda.
Penuding kepala: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian , klik Kawalan Penuding, kemudian klik Kaedah Kawalan Alternatif. Klik Pilihan bersebelahan “Dayakan penuding kepala, klik Pilihan Kamera, kemudian pilih kamera luaran anda.
App pihak ketiga: Anda mungkin boleh menggunakan kamera luaran anda dengan app pihak ketiga yang anda muat turun daripada App Store. Untuk mengetahui caranya, baca arahan pembangun atau teroka menu dan keutamaan app.