Sertai rangkaian Wi-Fi tersembunyi
Rangkaian Wi-Fi tersembunyi adalah rangkaian yang namanya tidak disiarkan. Untuk sertai rangkaian tersembunyi, anda perlu mengetahui nama rangkaian, jenis keselamatan wayarles dan jika perlu, mod, nama pengguna dan kata laluan.
Semak dengan pentadbir rangkaian jika anda tidak pasti apa yang perlu untuk dimasukkan.
Klik ikon status Wi-Fi dalam bar menu, kemudian pilih Sertai Rangkaian Lain.
Jika ikon status Wi-Fi tiada dalam bar menu, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Rangkaian, pilih Wi-Fi dalam senarai di sebelah kiri, kemudian pilih "Tunjukkan status Wi-Fi dalam bar menu."
Masukkan nama rangkaian.
Klik menu timbul Keselamatan, kemudian pilih jenis keselamatan wayarles.
Masukkan mod, nama pengguna dan kata laluan, seperti diperlukan.
Medan yang ditampilkan bergantung pada jenis keselamatan wayarles untuk rangkaian tersebut. Anda mungkin tidak perlu memasukkan semua item tersebut.
Pilih pilihan:
Pilih “Tunjukkan kata laluan” untuk menunjukkan kata laluan.
Pilih “Ingat rangkaian ini” untuk menyimpan rangkaian dalam senarai rangkaian yang dikenali supaya anda tidak perlu memasukkan maklumat lagi.
Klik Sertai.
Protokol keselamatan yang disokong adalah WEP (Privasi Bersamaan Berwayar), WPA (Akses Dilindungi Wi-Fi), atau WPA2 (Akses Dilindungi Wi-Fi II).