Pintasan Kebolehcapaian

Dengan Pintasan Kebolehcapaian, anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci, bar menu atau Pusat Kawalan.

Untuk membuka panel Pintasan Kebolehcapaian, tekan Option-Command-F5. Atau jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, tekan Touch ID tiga kali dengan cepat.

Panel Pintasan Kebolehcapaian menyenaraikan ciri Penglihatan, ciri Motor Fizikal dan ciri Pendengaran.

Pilih ciri yang anda mahu aktifkan atau nyahaktifkan, kemudian klik Selesai.

Anda juga boleh mengakses pintasan daripada menu bar atau Pusat Kawalan dengan mengklik Pintasan Kebolehcapaian. Jika anda tidak melihat ikon, pilih menu Apple  > Seting Sistem, kemudian klik Bar Menu dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)

Untuk menukar ciri yang kelihatan dalam senarai pintasan, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Pintasan di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)