Aktifkan Siri

Nota: Anda mesti bersambung ke internet untuk menggunakan Siri.

Untuk mengaktifkan Siri pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Tekan dan tahan kekunci Mikrofon jika tersedia dalam baris kekunci fungsi; jika tidak, gunakan pintasan papan kekunci seperti yang ditentukan dalam keutamaan Siri.

    Nota: Tekan dan tahan kekunci Mikrofon untuk mengaktifkan Siri; tekan dan lepaskan kekunci Mikrofon untuk memulakan Perencanaan.

  • Klik Siri dalam bar menu. Jika ia tidak ditunjukkan, anda boleh menambahnya menggunakan keutamaan Dock & Bar Menu.

  • Ketik Siri dalam Touch Bar (jika Mac anda mempunyai Touch Bar).

  • Sebut “Hai Siri” (jika didayakan dalam keutamaan Siri; pilihan ini hanya tersedia apabila disokong oleh Mac, paparan atau fon kepala anda).

    Untuk mengesahkan bahawa anda boleh menggunakan “Hai Siri” pada peranti anda, lihat artikel Sokongan Apple Peranti yang menyokong “Hai Siri”.