klik paksa

Pada Mac dengan trackpad Force Touch, anda boleh klik paksa (tekan kuat pada trackpad sehingga anda rasa merasa klik yang lebih dalam) item untuk ambil tindakan. Sebagai contoh, anda boleh klik paksa fail dalam Finder untuk pratontonnya, atau klik paksa perkataan dalam halaman web atau app untuk mencari definisinya dan maklumat lain.