pengguna berkongsi sahaja

Anda boleh berkongsi fail dan folder dengan orang lain pada rangkaian anda. Anda boleh berkongsi keseluruhan Mac anda dengan semua orang atau membenarkan akses pengguna tertentu untuk folder tertentu sahaja. Pengguna berkongsi sahaja boleh mengakses fail berkongsi secara jauh, tetapi tidak dapat log masuk atau menukar seting pada komputer.

Untuk memberikan pengguna kebenaran untuk mengakses fail atau skrin dikongsi, anda mungkin perlu menukar seting dalam Perkongsian Fail, Perkongsian Skrin, atau anak tetingkap Pengurusan Jauh pada Keutamaan Sistem Perkongsian.