Perkhidmatan Lokasi

Perkhidmatan Lokasi membenarkan app seperti Peta, perkhidmatan sistem seperti Cadangan Siri dan tapak web dalam Safari untuk mengumpulkan dan menggunakan data tentang lokasi semasa komputer anda. Mac anda menentukan lokasinya menggunakan maklumat daripada rangkaian Wi-Fi setempat. Perkhidmatan Lokasi mengumpulkan maklumat dengan cara yang tidak mengenal pasti anda secara peribadi.

Maklumat yang dikumpul oleh Apple dianggap berkaitan dengan Dasar Privasi Apple, yang boleh ditemui di apple.com/my/privacy.