pengesahan dua faktor

Pengesahan dua faktor ialah lapisan keselamatan tambahan untuk Apple ID anda direka untuk memastikan anda adalah satu-satunya orang yang boleh mengakses akaun anda, walaupun seseorang mengetahui kata laluan anda.

Untuk melihat sama ada Apple ID anda mempunyai pengesahan dua faktor diaktifkan, pilih menu Apple  > Keutamaan Sistem, klik Apple ID , kemudian pilih Kata Laluan & Keselamatan dalam bar sisi.

Anda juga boleh mengaktifkan pengesahan dua faktor dan mengurus peranti serta nombor telefon dipercayai anda dengan mendaftar masuk ke halaman akaun Apple ID.

Aktifkan pengesahan dua faktor

Jika akaun anda memenuhi semua keperluan untuk pengesahan dua faktor, anda diminta untuk mengaktifkannya apabila kali pertama anda menggunakan Mac anda.

Penting: Jika anda menggunakan pengesahan dua langkah, anda mesti menyahaktifkannya sebelum anda boleh mengaktifkan pengesahan dua faktor. Untuk berbuat demikian, daftar masuk ke halaman akaun Apple ID anda. Di bahagian Keselamatan, klik Edit, kemudian klik Nyahaktif Pengesahan Dua Langkah. Anda diminta untuk mencipta soalan keselamatan baharu dan mengesahkan tarikh lahir anda. Anda sepatutnya menerima e-mel yang mengesahkan bahawa pengesahan dua langkah untuk Apple ID anda dinyahaktifkan.

Gunakan pengesahan dua faktor

Selepas anda mendaftar pengesahan dua faktor, apabila anda memasukkan Apple ID dan kata laluan anda untuk kali pertama pada peranti baharu, anda diminta untuk mengesahkan identiti anda dengan kod pengesahan enam digit. Kod ini dipaparkan secara automatik pada peranti lain anda atau dihantar ke nombor telefon dipercayai anda. Masukkan kod untuk mendaftar masuk dan mengakses maklumat anda pada peranti baharu anda.

Anda tidak diminta kod pengesahan lagi pada peranti itu melainkan anda mendaftar keluar daripada iCloud sepenuhnya, memadam peranti anda, atau perlu ubah kata laluan atas sebab keselamatan.

Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Apple ID.