Menu input

Menu Input, tersedia di bahagian kanan bar menu, memberikan akses kepada sumber input untuk menaip dalam bahasa lain atau dengan tataletak papan kekunci alternatif. Anda juga boleh menggunakannya untuk mengakses emoji dan simbol, Pemapar Papan Kekunci atas skrin, serta seting dan bantuan untuk sumber input yang anda sedang gunakan.

Menu Input kelihatan seperti salah satu daripada berikut:

  • Ikon mengandungi huruf atau aksara yang mewakili sumber input semasa (seperti untuk bahasa Jerman atau untuk bahasa Jepun).

  • Ikon Pemapar Aksara (jika anda hanya menggunakan satu sumber input).

Sebelah kanan bar menu. Menu Input dibuka dan menunjukkan sumber input seperti bahasa Jerman dan Jepun serta pilihan lain seperti Tunjukkan Emoji & Simbol.

Jika anda tidak melihat menu Input dalam bar menu, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Pergi ke Input Teks di sebelah kanan, klik Edit, kemudian aktifkan “Tunjukkan menu Input dalam bar menu”.

Menu Input ditunjukkan dalam bar menu secara automatik jika anda menambah lebih daripada satu sumber input.

Anda juga boleh mengesetkan pilihan dalam seting Papan Kekunci untuk menukar sumber input atau mengakses emoji dan simbol dengan menekan kekunci Fn atau kekunci kekunci Glob (jika tersedia pada papan kekunci).