Aktifkan Siri

Jika anda cuba menggunakan Siri apabila ia dinyahaktifkan, anda mungkin diminta untuk mendayakan Siri. Anda juga boleh mengaktifkan Siri dalam Seting Sistem.

Nota: Anda mesti disambungkan ke internet untuk menggunakan Siri.

  1. Pergi ke app Seting Sistem ikon Seting Sistem pada Mac anda.

  2. Klik Siri dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)

  3. Ketik Aktifkan Siri, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Selepas anda mengaktifkan Siri, anda boleh menyesuaikan seting Siri lebih lanjut. Contohnya, anda boleh mendayakan “Hai Siri” atau “Siri” untuk mengaktifkan Siri dengan suara anda dan memilih cara Siri kedengaran.