Folder Pintar

Folder yang mengandungi senarai fail yang mempunyai persamaan. Anda menentukan kriteria untuk item yang anda mahu tambahkan ke folder, seperti jenis fail, tarikh fail dibuka, atau kandungan fail. Sebagai contoh, jika anda suka membakar, anda boleh mencipta Folder Pintar yang mengandungi semua dokumen Pages yang anda buka pada tahun lepas yang mengandungi perkataan biskut dan resipi.

Semasa anda menambah, menukar atau memadamkan fail yang memenuhi kriteria, senarai dikemas kini secara automatik.