Bar sisi Finder
Tetingkap Finder mempunyai bar sisi yang memberikan akses cepat kepada item yang anda kerap gunakan.

Jika anda tidak melihat bar sisi, tekan Control-Command-S.
Bar sisi dibahagikan menjadi tiga bahagian: Kegemaran, Lokasi dan Tag. Jika anda tidak melihat sebarang item dalam bahagian, ia mungkin tersembunyi—klik
di bahagian kanan bahagian untuk mendedahkan sebarang item tersembunyi.
Untuk menyesuaikan bar sisi Finder, klik
dalam Dock, pilih Finder > Seting, klik Bar Sisi, kemudian pilih item yang anda mahu lihat dalam setiap bahagian. Apabila dipilih dalam seting Bar Sisi Finder, Terbaru dan Dikongsi sentiasa kelihatan di atas bahagian Kegemaran dan tidak boleh dialihkan. Anda boleh menyusun semula item dalam bahagian Kegemaran dan Tag, tetapi bukan dalam bahagian Lokasi.