Bar sisi Finder

Tetingkap Finder mempunyai bar sisi di penjuru kiri yang memberikan akses cepat ke item yang biasa anda gunakan.

Jika anda tidak melihat bar sisi, tekan Control-Command-S.

Bar sisi dibahagikan menjadi empat bahagian: Kegemaran, iCloud, Lokasi dan Tag. Jika anda tidak melihat sebarang item dalam bahagian, ia mungkin tersembunyi—klik anak panah di bahagian kanan bahagian untuk mendedahkan sebarang item tersembunyi.

Untuk menyesuaikan bar sisi, klik ikon Finder dalam Dock, pilih Finder > Seting, klik Bar Sisi, kemudian pilih item yang anda mahu lihat dalam setiap bahagian.