App Nap
App Nap membantu Mac anda menjimatkan kuasa apabila anda mempunyai berbilang app dibuka. Jika app dalam latar belakang dan tidak melakukan apa-apa pada masa ini, seperti memainkan muzik, memuat turun fail, atau menyemak e-mel, macOS memperlahankannya. Sebaik sahaja anda mula menggunakan app lagi, ia kembali ke operasi normal.