Edit destinasi dan pilihan hantar dengan Logic Remote pada iPad
Dalam Pencampur Logic Remote, anda boleh memilih destinasi untuk dihantar dan mengedit pilihan hantar.
Edit destinasi untuk dihantar
Dalam Pencampur Logic Remote, ketik butang Hantar.
Sentuh dan tahan bas yang destinasinya anda mahu ubah.
Ketik destinasi tersedia.
Edit pilihan hantar
Dalam Pencampur Logic Remote, ketik butang Hantar.
Sentuh dan tahan bas yang destinasinya anda mahu ubah.
Ketik satu atau lebih pilihan hantar:
Pasca Sorot: Isyarat dihantar selepas pemudar dan tombol Sorot. Isyarat hantar dipengaruhi oleh pelarasan kepada kedua-dua kelantangan jaluran saluran dan pelarasan sorot.
Pasca Pemudar: Isyarat dihantar selepas pemudar tetapi sebelum tombol Sorot. Isyarat hantar dipengaruhi oleh pelarasan kelantangan tetapi bukan pelarasan sorot.
Pra Pemudar: Isyarat dihantar sebelum pemudar dan tombol Sorot. Isyarat yang dihantar tidak dipengaruhi oleh pelarasan kelantangan mahu pun pelarasan sorot.
Tidak Hantar: Mengeluarkan hantaran daripada jaluran saluran.
Pintasan: Ketik untuk menyahaktifkan pemalam tanpa mengeluarkannya daripada jaluran saluran.
Salin Pudar ke Hantar: Menyalin kelantangan pemudar semasa jaluran saluran kepada paras hantar.